24hb. April 2010 - Bertemu Tok Guru

Picture
5.00pm. Hari ini pula ditakdirkan Allah, dapat bertemu dan bersalaman dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) yang singgah sebentar di rumah jiran kami.  Kali ni tak sempat nak berbual kerana pada pukul 5.30pm beliau akan mengadakan ceramah di dewan batang Kali sempena kempen pilihan raya kecil Parlimen Ulu Selangor.

Picture
Mona (baju merah) sempat bergambar semasa mengiringi Tok Guru ke kereta

16hb April 2010 - 1 Jam Bersama Presiden PAS

Picture
Dari kiri:- Saya, YB Adun Kelantan, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Dato Azman
9.15 pm - Malam ini adalah saat yang tak pernah termimpi oleh saya apabila dapat berbual secara terus dengan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Suasana ini berlaku apabila jiran saya Tuan Hj Sobri menjemput Tuan Guru dalam majlis makan malam di rumah beliau. Kehadiran Tuan Guru dan rombongan ke Batang Kali  adalah sempena kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Sepanjang kempen, Tuan Guru serta isteri tinggal di salah sebuah rumah di taman perumahan kami. Semasa berbual di ruang tamu, hanya kami berempat iaitu saya, YB Adun Negeri Kelantan , Tuan Guru dan Dato Azman (jiran saya). Perbualan kami banyak menyentuh kes Royalti minyak negeri Kelantan, suasana di Palestin dan isu2 politik tanah air semasa. Kebetulan jiran saya Dato Azman (bekas duta Malaysia ke Yaman) adalah kenalan lama Tuan Guru, maka banyaklah kisah berkaitan negara Timur Tengah di bualkan.

Tuan Guru adalah seorang pemimpin yang begitu peramah sekali, walau pun saya tak pernah bertemu tetapi beliau berbual secara bersahaja dan kadang2 sempat berseloroh dan kami sama-sama tertawa. Bermula diruang tamu perbualan diteruskan di meja makan. Bayangkan dapat makan semeja bersama Tuan Guru, makan kena sopan sikit. Saya sangat berterima kasih dengan Hj Sobri kerana mengajak saya dan jiran2 yang lain kerumah beliau meraikan kehadiran Tuan Guru. Suasana ini berakhir lebih kurang pukul 10.30 malam.

17hb. Mac 2010 - Pelancaran Album HPA Raihan & Minyak Wangi <<seterusnya> 

Picture
Salah satu Album Raihan terbaru bertajuk Salawatherapy yang baru dilancarkan.

26hb. Dis 2009 - Apa Yang Anda Nampak?

Picture
Gambar ini saya rakamkan semasa singgah sembahyang di Masjid Kristal Kuala Terengganu. Ini adalah gambar Hana dan Wani di tepi sungai Terengganu. Apabila kami melihat gambar ini menerusi komputer, baru kami perasan ada kelainan pada awan tersebut. Kelihatan seperti muka sesorang dengan mata, hidung dan mulut agak jelas sedang memerhatikan Masjid Kristal.

Picture

25hb. Julai 2009 - Mona Terima Anugerah Pengarah Jati

Picture
Hari ini bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) merupakan hari yang bersejarah buat Mona atas penerimaan anugerah Pengarah Jati. Gambar menunjukkan Pengarah Jati Mahkota En. Hapizan menyampaikan  sijil dan cenderahati pada Mona. Seterusnya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum

Salam perkenalan pada semua yang melayari laman web saya ini. Agar ikatan silatulrahim antara kita umat islam akan bertambah kukuh dari masa kesemasa.

Melalui laman web ini saudara saudari dapat mengenali saya dan diharap kita dapat berkenalan antara satu sama lain serta saling bertukar-tukar fikiran.

Saya akan muatkan dengan gambar keluarga dan beberapa aktiviti penting dalam kehidupan harian kami.
 
Semarak Herb adalah satu tema memperjuangkan produk herba dan produk halal lagi suci.  Disamping berjuang meningkatkan ekonomi orang islam menerusi penggunaan dan perniagaan produk yang dikeluarkan oleh Bumiputra Islam secara MLM(S)dibawah syarikat Herba Penawar Alwahida (HPA).

Bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan produk HPA ini bolehlah berhubung dengan saya menerusi telefon atau e-mail. Dengan hanya RM30 untuk mendaftar menjadi ahli HPA dan keahlian adalah seumur hidup
.


    Maklumbalas anda dialu-alukan

Create a free website with Weebly